Ahad, 3 Mei 2009

TUAN GURU SELAMAT PULANG DARI UMRAH


Kota Bahru 3 Mei 2009 - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Beliau tiba kira-kira pukul 4.10 petang tadi. Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak serta anak bongsu Nik Asma' Salsabila menunaikan ibadat umrah sejak 20 April lalu.

Turut mengiringinya Setiausaha Sulit Khasnya, Rusdi Abdullah. Kepulangannya disambut Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato Mohd Amar Abdullah, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, dan Abdul Fattah Mahmood.

Turut kelihatan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin masyarakat.Menteri Besar kelihatan sihat dan ceria sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu kenamaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sambil tersenyum dan bersalaman dengan orang ramai.

Sesekali beliau turut melambaikan tangan.Bagaimanapun tiada persidangan media diadakan memandangkan beliau masih kepenatan.Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa syukur di atas kepulangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa dinanti rakyat Kelantan.

Tiada ulasan: