Ahad, 19 April 2009

ELIZABETH JUMPA NIK AZIZ


KOTA BHARU 18 April 2009 - Exco Selangor, Elizabeth Wong telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 di sini petang ini.

Bagaimanapun Elizabeth berkata, pertemuan 45 minit itu tidak membincangkan soal isu moral melibatkannya tetapi lebih kepada perbincangan mengenai hubungan antara kaum.

"Pertemuan ini untuk saya ucap terima kasih kerana beliau memahami situasi saya. Tujuan lain ialah mengucapkan selamat menunaikan umrah kepadanya Isnin ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan di sini hari ini.

Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan menyambung semula tugasnya semalam selepas menerima tawaran kerajaan negeri untuk kekal dalam dua jawatannya itu.

Tiada ulasan: