Ahad, 10 Ogos 2008

Selasa, 5 Ogos 2008

UCAPAN SULUNG MB KEDAH

Ucapan Sulung MB Kedah (Video)

Biodata YB Datuk Seri Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak

Datuk Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak (استاذ حاج عزيزان عبدالرازق) merupakan Menteri Besar Kedah Ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Senarai kandungan
1 Pendidikan
2 Kerjaya
2.1 Pengalaman Kerjaya
2.2 Pengalaman Antarabangsa
2.3 Penulisan Antarabangsa
2.4 NGO
3 Politik

Pendidikan
Beliau perah belajar di Maktab Mahmud pada 1966. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, United Kingdom.

Pengalaman Kerjaya
Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah.

Pengalaman Antarabangsa
Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India
Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
Persidangan Islam Sedunia, Lunmam (2001)
Conference of South East Asia Islamic Law, Manila

Penulisan Antarabangsa
Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina 1986
Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program

NGO
AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)

Dalam Politik
Beliau merupakan Ahli jawatankuasa PAS Pusat selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah. Beliau memenangi DUN Sungai Limau pada 2008 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.