Ahad, 15 Februari 2009

SIAPA YANG SEPATUTNYA DIAMBIL TINDAKAN?

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pihak berkuasa perlu bertindak tegas termasuk mengheret ke muka pengadilan para penderhaka yang bertindak secara terang-terangan atau berselindung di sebalik mana-mana pihak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, reaksi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah isyarat jelas untuk memberitahu semua pihak yang membuat onar supaya berfikir dan memberhentikan terus segala penderhakaan.

Menurut beliau, bersesuaian dengan peringatan baginda supaya mana-mana pihak tidak terlajak perbuatan, adalah amat wajar bagi pihak berkuasa menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan dan pembendungan dengan segera.

‘‘Kita tidak mahu rakyat terus terperangkap dengan permainan politik persepsi sebegini. Mereka yang salah, sama ada mereka yang di belakang tabir atau pun yang jelas tingkah lakunya perlu dibawa ke muka pengadilan.

‘‘Kita tidak mahu rakyat fikir bahawa perkara ini dipandang mudah atau dijadikan mainan politik, perkara ini serius,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arkib pemimpin : Isu perlantikan MB Terangganu Dato Ahmad Said oleh Sultan yang tidak dipersetujui oleh Dato Idris Jusuh.

Tiada ulasan: