Khamis, 26 Februari 2009

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA



Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kelantan yang dimulakan pembinaan pada tahun 2005 menarik perhatian umum kerana reka bentuk asing di tengah penempatan masyarakat Melayu.

Ramadan lalu, masjid yang diberi jolokan masjid Beijing di Rantau Panjang itu mula dibuka bagi solat tarawih walaupun kerja-kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya. Seperkara lagi yang turut mencuri tumpuan ialah solat hampir sepanjang bulan itu pula diimamkan oleh imam undangan yang berasal dari perkampungan Jian Wei wilayah Yunan, China, Ali Muhammad Wang Yin Kang, 48.

Tuan Guru Dato Nik Aziz Menteri Besar Kelantan telah mengilhamkan pembenaan masjid ini untuk dibena di negeri Kelantan. Reka bentuk masjid dan kemunculannya merupakan salah satu pendekatan untuk memancarkan bahawa Islam tidak terikat kepada suatu bentuk lambang dan kaum.

Masjid ini masih belum siap sepenunya. Kemudahan seperti bilik kuliah, unit kedai dan klinik akan diadakan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Ramai pelancung yang datang ke sini terpegun dengan keindahan dan reka bentuk masjid ini yang jarang terdapat di negara ini.

Selasa, 24 Februari 2009

HAKIM TARIK DIRI DENGAR SAMAN NIZAR

25/2/2009 10:41am
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. — Bernama

Isnin, 23 Februari 2009

TIMAH BUKAN PERAK

Dr. Mahathir Mohamad on February 22, 2009 7:42 PM
1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Ahad, 22 Februari 2009

PAS ADA 'BAIAH' ELAK LOMPAT PARTI

Mohd Sabri Said
Mon Feb 23, 09 10:22:06 am

KEPALA BATAS, 23 Feb (Hrkh) - "Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah 'Baiah' yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

"Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah 'Baiah' berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

"Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, " ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana 'kedudukan' mereka tika ini.

Sambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

"Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

"Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, " tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato' Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi 'selesai' dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. "Beliau seharusnya berusaha untuk tanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

"Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, " Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

Sabtu, 21 Februari 2009

PELABUR ASING JAUHI PERAK

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa pelabur asing tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan dibiar berterusan.

Beliau berkata, kemelut perlembagaan sehingga menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan wartawan sebelum secara berpindah dari kediaman rasminya di sini, hari ini.

Jumaat, 20 Februari 2009

PEMIMPIN BERFIKIRAN GANGSTER


Muhammad Yusri Amin Fri Feb 20, 09 6:17:21 pm
KOTA BHARU, 20 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato? Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pihak tertentu berusaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Dato' Seri Ir. Mohammadd Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.

"Ini kerana Kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang. "Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan. "Jahat. Inilah fikiran gangster," katanya ketika bercakap kepada pemberita di sini pagi ini.

"Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?
"Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

"Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa,? katanya. Beliau mengulas banyak pihak mengecam tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar yang menggantung kealian Menteri Besar Dato' Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco daripada menghadiri sidang dewan, sebagai tidak mengikut peraturan.
Selain dari itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulangi pendiriannya supaya pilihan raya semula di Perak diadakan.

"Saya masih bertegas bahawa pilihan raya semula hendaklah diadakan di Perak.
"Menteri Besar Ir Nizar sudah pun menyembahkan perkara itu kepada Tuanku (Sultan Perak) supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan,"katanya. Mengenai tercetusnya banyak isu yang menimbulkan kontroversi dalam negara kini Termasuk krisis Perlembagan di Perak, beliau menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan melepaskan jawatannya.

"Pak Lah dipilih menjadi Presiden (Umno) dan Perdana Menteri Malaysia untuk lima tahun, kenapa dia sanggup berhenti. "Kalau Pak Lah (mahu) berhenti kerana bersalah, tidak usaha tangguh hingga Mac, berhentilah segera. "Tapi kalau dia merasa tidak bersalah, kenapa hendak berhenti juga.Di situlah terletaknya kesilapan Pak Lah.

"Adalah tidak betul apabila sejak awal lagi dia tunduk kepada pihak yang menyuruhnya berhenti,? katanya. Beliau turut mengulas tindak-tanduk pemimpin Umno-BN yang kini seolah-olah cemas berdepan dengan Pakatan Rakyat apabila banyak isu tercetus dalam negara, Mursyidul Am PAS itu mendakwa keadaan itu menjadi puncanya.

"Itulah puncanya oleh kerana mereka tidak menjaga undang-undang sedangkan undang-undang itu sendiri merupakan titik pertemuan di antara segala kebaikan dan kejahatan. "Yang jahat tidak boleh memberi peluang kepada kejahatannya, manakala yang baik pula tidak boleh ditindas. "Titik pertemuannya ialah undang-undang. "Apabila undang-undang itu sendiri dipijak, maka akhirnya menjadi huru-haralah," katanya.

Khamis, 19 Februari 2009

'NIZAR DAN SULTAN ADA TAFSIRAN

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din

Azamin Amin Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu Feb 19, 09 12:08:04 pm
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati. "Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.

Selasa, 17 Februari 2009

ISU MORAL

Oleh AZRAN FITRI RAHIMutusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU 17 Feb. - Pas menyifatkan pendedahan salah laku pemimpin pakatan pembangkang seperti berlaku terhadap Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai tindakan yang baik.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, pendedahan-pendedahan tersebut akan memudahkan pakatan pembangkang dan parti-parti berkaitan melakukan pembetulan di peringkat awal.

"Dari satu segi, beberapa pendedahan salah laku moral pemimpin pakatan pembangkang adalah bagus untuk kita buat pembetulan. "Perjuangan kita masih di peringkat baru. Ia akan menjadikan kita lebih sihat," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Elizabeth yang menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran tersebarnya gambar bogel beliau dalam Internet.
Dalam pada itu, Husam berpendapat keputusan Elizabeth menawarkan diri meletakkan jawatan ekoran penyebaran gambar bogelnya di Internet sebagai langkah bermoral dan berprinsip.

Beliau berkata, Elizabeth ternyata sedar bahawa isu yang membabitkan dirinya selaku pemimpin telah menjadi liabiliti kepada parti. Sehubungan itu, katanya, penawaran untuk meletakkan daripada Elizabeth merupakan tindakan yang wajar.
Bagaimanapun, tambah beliau, aksi gambar bogel tersebut tidak akan menjejaskan Pas yang mempunyai pendirian konsisten dan juga pakatan pembangkang.

"Saya sudah sebut ada dua perkara, yang penting bagi mana-mana parti ialah ada standard moral sendiri. Pakatan pembangkang ada standard moral sendiri, jika tidak tercapai tindakan akan diambil.

"Pada masa sama, kehidupan peribadi Elizabeth diceroboh. Pencerobohan ini juga tidak bermoral, kedua-duanya perlu ditangani dengan adil. Beliau sedar isu ini menjadikannya liabiliti kepada parti dan ini (tawar letak jawatan) langkah yang baik," katanya.

Husam berkata, beliau bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Elizabeth kerana kehidupan peribadinya telah dicabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya merasakan pencerobohan ada tujuan politik. Ini juga sesuatu yang tidak bermoral. Tetapi saya tidak tahu sama ada ia perangkap atau sebaliknya.
"Beliau mahu letak jawatan, ini moral yang tinggi. Begitu juga kes V. Arumugam, saya mahu tanya pihak berkuasa apa jadi kes beliau yang mendakwa mendapat tekanan dan ugutan pihak tertentu," katanya.

DATO ABD. RAHIM TAMBY CIK TAHU TENTU SENYUM PUNYA

MUDARAT ATAU KEBURUKAN YANG LEBIH BESAR

Abdul Aziz Mustafa Tue Feb 17, 09 10:05:25 am
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Harakah) - Ketika Umno begitu histeria dengan aksi-aksi yang kononnya membela Raja-Raja Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan, yang mana satukah mendatangkan mudarat atau keburukan lebih besar kepada kedaulatan Raja-Raja antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?

Dalam kenyataan yang dilihat mengingatkan Umno, beliau berkata, Raja-Raja Melayu hari ini boleh dibawa ke mahkamah khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi. Dalam kenyataannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Mengulas apa yang berlaku di Perak, Tengku Razaleigh berkata, isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu. Sebaliknya, kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat." Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok. Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat." Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.
Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Baru-baru ini, mahkamah khas tersebut yang membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) telah memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB.

Isnin, 16 Februari 2009

GERAKAN MEMASUH PPSMI (GMP)

KUALA LUMPUR, 16 Febuari 2009 (Harakah) - Gerakan Memansuh PPSMI (GMP) yang dipimpin oleh Dato Dr. Hassan Ahmad akan menyerahkan memorandum kepada semua ahli Parlimen Malaysia di bangunan parlimen esok Selasa, 17 Februari 2009.

Menurut Setiausaha GMP, Hasni Abas, penyerahan memo tersebut akan dibuat pada pukul 10.00 pagi. Tambahnya, turut mengiringi Dato' Dr Hassan Ahmad pada hari esok ialah Sastrawan Negara A Samad Said dan Pakar Matematik dan Sains, Dr. Shahril Mohd Zain.

Sidang Media oleh : Dato Dr. Hassan Ahmad

Apa mereka kata

Ahad, 15 Februari 2009

SIAPA YANG SEPATUTNYA DIAMBIL TINDAKAN?

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pihak berkuasa perlu bertindak tegas termasuk mengheret ke muka pengadilan para penderhaka yang bertindak secara terang-terangan atau berselindung di sebalik mana-mana pihak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, reaksi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah isyarat jelas untuk memberitahu semua pihak yang membuat onar supaya berfikir dan memberhentikan terus segala penderhakaan.

Menurut beliau, bersesuaian dengan peringatan baginda supaya mana-mana pihak tidak terlajak perbuatan, adalah amat wajar bagi pihak berkuasa menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan dan pembendungan dengan segera.

‘‘Kita tidak mahu rakyat terus terperangkap dengan permainan politik persepsi sebegini. Mereka yang salah, sama ada mereka yang di belakang tabir atau pun yang jelas tingkah lakunya perlu dibawa ke muka pengadilan.

‘‘Kita tidak mahu rakyat fikir bahawa perkara ini dipandang mudah atau dijadikan mainan politik, perkara ini serius,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arkib pemimpin : Isu perlantikan MB Terangganu Dato Ahmad Said oleh Sultan yang tidak dipersetujui oleh Dato Idris Jusuh.

Sabtu, 14 Februari 2009

KEMANA RAKYAT HENDAK DIBAWA?

POLIS HALANG "JOM SERTAI PAS"

Bashir Ishak
Sat Feb 14, 09 5:17:36 pm
Terkini: 5.35pm ALOR STAR, 14 Feb (Harakah) -Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan.
Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah memberikan permit kepada penganjur untuk meneruskan program tersebut.

Antara pimpinan PAS yang hadir dala program tersebut adalah, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Amiruddin.

Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS.

Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang ini.

Pertama, adalah apabila kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dan kali kedua adalah apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad sedang berucap. Selain itu, pihak polis juga merampas 'bunting' kempen 'Jom Sertai PAS' dan 'backdrop yang digunakan dalam majlis tersebut.

Sementara itu, usaha Salahuddin dan Ustaz Mussodak untuk berbincang dengan pihak polis menemui kegagalan dan akhirnya pihak polis menyuraikan semua yang ada di kawasan tersebut.

Selasa, 10 Februari 2009

KECAM RAMPAS HARAKAH

Irwan Muhammad Zain Wed Feb 11, 09 12:23:55 am
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi. "Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.


"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau. Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.

"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.

Beliau merujuk tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan. "Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar arahan segera dikeluarkan agar perbuatan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta akhbar alternatif yang lain dihentikan.

Isnin, 9 Februari 2009

CADANG NIZAR TANDING BUKIT GANTANG

Pemuda Kelantan cadang Nizar tanding di Bukit Gantang


Salmah Mat Husain, Mohd Nor Yahya
Mon Feb 09, 09 6:30:49 pm

KOTA BHARU, 9 Feb (Hrkh) - PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah di atas kematian anggota Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa mewakili kerajaan negeri dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan diharap bersabar menempuh ujian tersebut.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman juga berharap keluarga Allahyarham dan pendokong perjuangan Islam serta Pakatan Rakyat di Perak bersabar menempuhi segala dugaan getir sekarang.

"Dalam kegawatan politik di Perak, kita tiba-tiba dikejutkan dengan kematian anggota Parlimen PAS, yang sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

"Ia juga merupakan ujian Allah untuk pemimpin serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Roslan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Beliau menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang mencadangkan supaya Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini kerana sokongan rakyat Perak terhadap Nizar masih kuat kerana sikap amanahnya dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak selama 11 bulan. "Dewan Pemuda PAS Kelantan berkeyakinan pengundi akan memberi sokongan padu kepada beliau sebagai seorang yang dizalimi.

"Inilah medium paling sesuai bagi rakyat Perak untuk menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat," ujarnya.

Selain itu kata beliau ia juga sebagai medan untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap isu yang berlaku di Perak sekarang. Oleh itu beliau berkata, Pemuda PAS Kelantan berdiri teguh di belakang Nizar bagi menghadapi kerenah politik cacar merba Umno sekarang.

"Beberapa hari lepas kami beberapa orang anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kelantan berada di Perak bagi menyatakan sokongan kepada Nizar," ujarnya.