Jumaat, 16 Mei 2008

BIODATA / UCAPAN MB PERAK

Biodata

Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin kini sah dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak. Sultan Azlan Shah melalui pemangkunya telah memperkenaankan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang baru dan majlis angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Beliau merupakan seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.

Ir Mohamad Nizar memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School(ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau dan isteri Fatimah Taat, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu’tah di Jordan manakala dua lagi anaknya merupakan Hafiz Quran yang menuntut di Lubnan dan Syria.
KerjayaIr Mohamad Nizar Jamaludin merupakan seorang jurutera Perunding (Mekanikal - Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator). Beliau merupakan lulusan Bachelor Sains (BSc. Mechanial Engineering).

PolitikBeliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menyertai parti tersebut pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz. Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

Tiada ulasan: