Gunung Keriang merupakan sebuah gunung yang
terdapat di negeri Kedah
Darul Aman, Malaysia.
Gunung Keriang ini
tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia
merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250
juta tahun.
Gunung Keriang merupakan
paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa
air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk
apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.