Jumaat, 29 Oktober 2010

SAWAH DI KAMPUNG KIEW, POKOK SENA

Pemandangan kawasan sawah di waktu pagi.

Selasa, 19 Oktober 2010

MENIKMATI SUATU IMPIAN

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (27) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (28) "(Ar-Rahman ayat 26 – 28)

Isnin, 18 Oktober 2010

KE MANA YANG INGIN TUJU

Papan tanda pandu arah di kawasan Masjid Al Bokhary, Alor Setar, Kedah.

Ahad, 17 Oktober 2010

BASIKAL JEPUN

Jualan basikal terpakai diimpot dari Jepun di Northren Cycling Enterprise Alor Setar.

Sabtu, 16 Oktober 2010

DAUN GETAH KLON 306

Klon getah 306 - Untuk mengenalinya daunnya lebar. Lateks yang dihasilkan banyak.

Khamis, 14 Oktober 2010

BIJI GETAH

Permainan yang 'popular' semasa kecil dulu ialah bermain guli biji getah. Modal tidak perlu cuma kutip di kebun getah yang berdekatan.

Rabu, 13 Oktober 2010

SAWAH LUAS INDAH TERBENTANG

Sawah luas indah terbentang
Tumbuh hijau segar pandangan
Cakap siang pandang-pandang
Mengaku silap janganlah segan

• Atas: Menanam padi guna anak semaian di kg. Yoi, Pokok Sena.
• tiblakedah.blogspot.com @ Kamera AGFA OPTIMA 100.

Isnin, 11 Oktober 2010

SESUMPAH DI HALAMAN

Sumpah-sumpah adalah sejenis reptilia, kulitnya biasanya berwarna hijau atau coklat dan boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling.

Ahad, 10 Oktober 2010

RUMAH TRADISIONAL DI JALAN SULTANAH


Rumah kayu tradisional ini terletak di jalan Sultanah Alor Setar, Kedah.

Jumaat, 8 Oktober 2010

TERNAKAN LEMBU DI KAMPUNG TOK KUN

Menghalau lembu ke kandang setelah memberi rumput di kawasan padang ragut yang berdekatan di kampung Tok Kun, Pokok Sena.

Khamis, 7 Oktober 2010

GONDANG EMAS

Telur gondang emas akan membiak dengan cepat jika tidak dikawal. Gondang emas perlu dimusnakan dengan cara meracun di kawasan sawah semasa benih padi sedang tumbuh.

Gambar telur gondang emas di atas diambil di kawasan sawah padi di Kampung Kolam Jabi, Pokok Sena.

Rabu, 6 Oktober 2010

MELAWAT KE KAMPUNG TUALANG

Rumah kampung yang masih diduduki di kampung Tualang. Walaupun nampak lama tetapi masih utuh untuk didiami.

Selasa, 5 Oktober 2010

MUSIM MEMBAJAK DI POKOK SENA


Pesawah-pesawah di kawasan Pokok Sena sekarang sedang sibuk mengerjakan tanah sawah untuk tanaman padi. Mereka menggunakan menggunakan traktor dan ada yang menggunakan kobotar.

Isnin, 4 Oktober 2010

MASJID KAMPUNG KOLAM JABI

Pemandangan di pintu masuk ke Masjid Kampung Kolam Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah.

Ahad, 3 Oktober 2010

MENANGKAP IKAN DI SAWAH

Bila tiba musim membajak sawah orang-orang kampung berpeluang menangkap ikan dengan mudah di kawasan sawah. Kawasan sawah dipenuhi orang ramai terutamanya kanak-kanak sekolah.

Apa tidaknya banyak ikan yang keluar dari tempat persembunyian apabila jentera pembajak memutarkan alat membajaknya, mereka menunggu ikan yang keluar dengan menyerkapnya dengan menggunakan serkap yang diperbuat dari buluh.

Hasil yang diperolehi banyak juga bolelah untuk menambah pendapatan keluarga. Harga ikan di sawah lebih mahal dari yang dibela secara komersial. Pemborong ikan sawah sentiasa bersedia membelinya bila-bila masa.