Jumaat, 30 Januari 2009

AMY BERJAYA BATAL SAMAN

KUALA LUMPUR 30 Jan. 2009 (Bernama) - Penyanyi rock terkenal, Amy Search berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang melecur akibat terkena tumpahan kuah tomyam panas di restoran makanan Cina miliknya pada pertengahan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Sabariah Othman membenarkan permohonan Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, dengan kos selepas selesai mendengar hujahan peguam kedua-dua pihak hari ini.

Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris, 32, pada 24 September tahun lalu dengan menamakan Amy sebagai defendan.

Plaintif mengemukakan saman tersebut kerana mendakwa pekerja Restoran Laksamana Cheng Ho di Wangsa Maju, di sini cuai menyebabkan tumpahan tersebut sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.Amy bagaimanapun mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan plaintif dengan alasan saman itu difailkan atas kapasitinya sebagai individu dan bukannya pengarah syarikat Iconhill Holdings Sdn. Bhd.

Peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Amy berhujah, plaintif telah memfailkan tuntutan saman terhadap pihak yang salah apabila menamakan Amy sebagai defendan kerana pemilik sebenar restoran itu ialah syarikat Iconhill.
''Suhaimi hanya merupakan pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut,'' ujarnya.

Peguam Adnan Seman @ Abdullah yang mewakili plaintif pula menghujahkan laporan-laporan akhbar mengenai restoran itu yang dilampirkan dalam afidavit balasan pihak plaintif jelas menunjukkan restoran itu dimiliki oleh penyanyi tersebut.

Dengan menyatakan Amy adalah 'alter ego' (personaliti akrab) kepada syarikat itu, Adnan turut memberitahu, tidak terdapat papan tanda di restoran itu yang menyatakan ia adalah milik Iconhill. Malahan selepas kejadian yang menimpa kanak-kanak itu dilapor oleh pihak akhbar, kata Adnan, isteri defendan sendiri mengaku liabiliti sebagai pemilik restoran tersebut dan bersedia menyelesaikan masalah itu.

Walaupun begitu, menurutnya, defendan cuba melepaskan tanggungjawabnya dengan mengemukakan permohonan sedemikian apabila menyatakan restoran itu adalah milik Iconhill iaitu syarikat yang ditubuhkan dengan modal RM2. Adnan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah menyatakan pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Amy yang hadir ditemani isterinya, Nor Hasniza Hassan, 27, pula mengucapkan kesyukuran walaupun tidak menyangka kes itu diheret sehingga ke mahkamah. ''Sebagai artis, apa yang berlaku di restoran (akan cuba diselesaikan), kita bukanlah arrogant (angkuh) dan tidak bertanggungjawab, cuma kita tidak dapat berjumpa dengan keluarga mangsa'' katanya.

Khamis, 29 Januari 2009

DARI HAL JAMBATAN


Manusia sudah hilang pertimbangan

Rabu, 21 Januari 2009

ZAMAN KEJATUHAN BERMULA


21 Jan. 2009- Rabu (Siasah) - Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi menghalang pegawai Pusat sertai mesyuarat anjuran kerajaan negeri Perak disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Kenyataan itu juga melambangkan Zahid tidak sedar lagi walaupun kekalahan bertalu-talu dialami oleh Barisan Nasional (BN) khasnya di Kuala Terengganu.


Jumaat, 9 Januari 2009