Ahad, 2 Disember 2012

PEMANDANGAN SELEPAS SUBUH


Pemandangan selepas subuh di sawah di kampung Kiew, Poko Sena.

Sabtu, 1 Disember 2012

BUKIT DI JALAN KEDONDONG


Pemandangan di kawasan bukit di km 1 jalan Kedondong menghala ke Dehrang, Pokok Sena.

Jumaat, 30 November 2012

GUNUNG KERIANG, KEDAH.




Gunung Keriang merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia

Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun.

Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.
Sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.

Khamis, 29 November 2012

SAWAH DI KAMPUNG TUALANG


Menanam padi menggunakan anak semaian.


Pemandangan di sawah di waktu petang.


Rumah lama kayu masih ada.

Rabu, 28 November 2012

SAWAH DI HUTAN KAMPUNG


Melihat orang memancing di kawasan sawah di Hutan Kampung, Kepala Batas. Alor Setar.


Ada sawah yang belum ditanam.

Selasa, 20 September 2011

HALAMAN MASJID AL BUKHARY

Pemandangan di bahagian hadapan kawasan halaman masjid Al Bukhary Alor Malai jalan Langgar, Alor Setar. Kedah.