Jumaat, 16 Mei 2008

UCAPAN TUAN GURU

UCAPAN MP PAKATAN RAKYAt

BIODATA / UCAPAN MB PERAK

Biodata

Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin kini sah dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak. Sultan Azlan Shah melalui pemangkunya telah memperkenaankan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang baru dan majlis angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Beliau merupakan seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.

Ir Mohamad Nizar memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School(ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau dan isteri Fatimah Taat, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu’tah di Jordan manakala dua lagi anaknya merupakan Hafiz Quran yang menuntut di Lubnan dan Syria.
KerjayaIr Mohamad Nizar Jamaludin merupakan seorang jurutera Perunding (Mekanikal - Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator). Beliau merupakan lulusan Bachelor Sains (BSc. Mechanial Engineering).

PolitikBeliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menyertai parti tersebut pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz. Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

Jumaat, 9 Mei 2008

TIME TO CHANGE

1. Nicole Queen peluk Islam
2. Tuan Guru Nik Aziz dg. Amy di Restoran Cheng Ho miliknya.
3.Yusof Islam
4. Akhil hayy
5. Saintis Crech peluk Islam

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa"
(Maksud quraan surah al-Hujurat:13)

TANGKAP LINTAH

Adik Abd Ghani dan kawannya menangkap lintah di kawasan paya di Kg. Bukit Lala menuju ke TIBLA. Harga seekor 0.50 - RM 1.00 mengikut saiz.

Rabu, 7 Mei 2008

KAMPONG BOY

Teringat masa kanak dulu sekita tahun 60an.

Isnin, 5 Mei 2008

JAMUAN KEMENANGAN

Kehadiran kaum India dan Cina sempena menyambut kemenangan di Darul Hidayah Hulu Langat Selangor.


BANJIR DI SG. DURIAN

Kawasan Sungai Durian telah dilanda banjir kilat akibat hujan yang berterusan dari petang hingga waktu pagi. Akibatnya kawasan persekitaran telah dilipahi air dari sungai berdekatan.

TEBANG POKOK ASAM

Proses penebangan pokok untuk mengubah suai rumah di lot 3323 di Bukit Lala Pokok Sena.